Pengenalan
Perjanjian Lesen Pengguna Akhir ("EULA") ini dikenakan pada mana-mana perjanjian yang melibatkan penggunaan perisian oleh pelanggan ("Pelanggan") yang dibangunkan atau disediakan oleh LINAK A/S, Smedevænget 8, 6430 Nordborg, Denmark, CVR No 66365328 (“LINAK”) atau mana-mana syarikat bersekutu, melainkan dipersetujui sebaliknya.
Sila baca EULA ini dengan teliti. Terma dan syarat EULA mentadbir penggunaan perisian oleh Pelanggan dan mana-mana naik taraf atau pindaan pada masa hadapan melainkan dinyatakan sebaliknya dan dipersetujui dalam bentuk bertulis dengan LINAK pada ketika itu.
PENTING! DENGAN MEMUAT TURUN, MEMASANG, MENGAKSES ATAU MENGGUNAKAN PERISIAN YANG DIKELUARKAN BERSAMA EULA INI, ANDA BERSETUJU UNTUK MEMATUHI TERMA DAN SYARAT YANG DINYATAKAN. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN TERMA DAN SYARAT YANG DINYATAKAN, ANDA TIDAK BOLEH MEMUAT TURUN, MEMASANG, MENGGUNAKAN, MENGAKSES ATAU MENYIMPAN SEBARANG SALINAN PERISIAN INI.
1. Pemberian Lesen
1.1 Pelanggan diberikan hak bukan eksklusif untuk menggunakan perisian LINAK yang dibangunkan dan disediakan oleh LINAK ("Perisian LINAK") untuk tujuan dalaman berhubung dengan unit kotak kawalan LINAK yang dipasang pada produk perabot yang diperoleh oleh Pelanggan.
1.2 Pelanggan akan diberikan satu salinan kod objek boleh laksana bagi perisian LINAK.
1.3 Melainkan diberikan kebenaran secara jelas, Pelanggan tidak boleh:
- mengedarkan, menjual atau menyewakan perisian atau dokumen LINAK, jika ada, kepada mana-mana pihak ketiga; atau
- memberikan sublesen bagi perisian LINAK atau menyediakan penyumberan luar, sewa atau lain-lain perkhidmatan seumpamanya kepada mana-mana pihak ketiga.
1.4 Melainkan diberikan kebenaran secara jelas, atau diberikan kebenaran melalui peruntukan undang-undang mandatori berkenaan, Pelanggan tidak boleh:
- menyalin, sepenuhnya atau sebahagian, perisian LINAK melainkan untuk tujuan sandaran; atau
- menterbalik atur atau sebaliknya mendapatkan kod sumber produk daripada kod boleh laksana berlesen.
1.5 Dalam kes perisian pihak ketiga, yang bukan merupakan bahagian terbenam bagi perisian LINAK, hak dan kewajipan Pelanggan berkaitan perisian pihak ketiga tersebut adalah tertakluk pada terma dan syarat lesen pihak ketiga berkenaan.
2. Dokumentasi, penggunaan dan pengeditan
2.1 Pelanggan dibenarkan untuk menyalin dokumen yang disertakan dan bahan latihan standard, jika ada, untuk tujuan dalaman sahaja.
2.2 Dokumen dan bahan latihan standard daripada LINAK tidak boleh diedit melainkan mendapat kebenaran bertulis. Perkara ini juga sah bagi dokumen yang dihasilkan khusus untuk Pelanggan.
3. Hak harta intelek
3.1 Pelanggan menerima bahawa perisian LINAK dan semua hak harta intelek, termasuk hak cipta, adalah harta (atau dilesenkan oleh pihak ketiga kepada) LINAK dan tidak ada mana-mana bahagian dalam EULA ini yang bertujuan untuk memindahkan pemilikan perisian LINAK dan hak harta intelek yang berkaitan kepada Pelanggan. Pelanggan hanya diberikan lesen terhad untuk menggunakan perisian sebagai mana dijelaskan dalam EULA ini.
4. Kecacatan
4.1 Pelanggan menerima bahawa perisian ini secara umumnya tidak bebas daripada ralat dan kecacatan dan bersetuju bahawa kewujudan ralat atau kecacatan dalam perisian LINAK atau perisian lain yang disediakan kepada Pelanggan adalah bukan bermakna pelanggaran kepada EULA ini.
4.2 LINAK menjamin bahawa perisian ini tidak akan melanggar hak mana-mana pihak ketiga termasuk hak cipta. Jaminan ini adalah tertakluk pada syarat bahawa LINAK akan diberikan notis segera sekiranya terdapat apa-apa tuntutan pelanggaran sedemikian yang dibuat terhadap Pelanggan dan LINAK mempunyai hak untuk mempertahankan apa-apa tuntutan sedemikian dan membuat penyelesaian mengikut budi bicara masing-masing dan Pelanggan perlu memberikan bantuan yang LINAK mungkin sewajarnya perlu untuk menyelesaikan atau menentang apa-apa tuntutan sedemikian.
4.3 LINAK menafikan semua jaminan, secara tersurat mahupun tersirat, berkenaan perisian, termasuk tetapi tidak terhad pada, jaminan kebolehdagangan atau kesesuaian bagi mana-mana tujuan tertentu.
4.4 LINAK mungkin, mengikut budi bicara memilih 1) untuk memperbaiki atau menggantikan bahagian perisian yang rosak atau yang menyalahi hak pihak ketiga atau 2) untuk membatalkan hak Pelanggan bagi menggunakan Perisian tersebut dengan serta-merta. LINAK sama sekali tidak bertanggungjawab untuk memulihkan:
- perisian yang diubah, rosak atau diubah suai;
- perisian yang bukan merupakan pelancaran berurutan semasa atau sebelumnya;
- masalah perisian yang disebabkan oleh kecuaian Pelanggan, pincang tugas perkakasan atau sebab-sebab lain yang berada di luar kawalan LINAK;
- kerosakan data;
- masalah yang disebabkan antara muka yang tidak betul pada perisian atau sumber data lain; atau
- perisian yang dipasang pada persekitaran operasi yang tidak disokong oleh LINAK.
4.5 Perisian pihak ketiga, jika ada, adalah disediakan "seadanya" tanpa apa-apa jaminan dalam sebarang bentuk, walaupun pengeluar asal perisian pihak ketiga atau pembekal pihak ketiga perisian berkenaan mungkin menyediakan jaminan mereka sendiri.
5. Had liabiliti
5.1 LINAK tidak akan bertanggungjawab terhadap Pelanggan bagi apa-apa kerugian atau kerosakan dalam apa jua cara yang wujud secara langsung atau tidak langsung berkaitan dengan EULA ini, perisian LINAK atau perisian lain, penggunaannya atau sebaliknya, melainkan pengecualian liabiliti tersebut melanggar undang-undang yang dikenakan.
5.2 Tanpa mengambil kira perkara umum di atas, LINAK dengan nyata menolak liabiliti bagi mana-mana kerugian atau kerosakan secara tidak langsung, khas, tidak sengaja atau berbangkit yang mungkin wujud berkenaan perisian tertentu, penggunaannya atau berkenaan peralatan atau harta, atau bagi kehilangan keuntungan, perniagaan, pusing ganti, nama baik, data atau penjimatan yang dijangkakan.
5.3 Sekiranya terdapat mana-mana penepian yang terkandung dalam EULA ini tidak sah atas apa-apa sebab dan LINAK bertanggungjawab ke atas kerugian atau kerosakan yang terhad mengikut undang-undang, liabiliti tersebut adalah terhad kepada yuran lesen tahunan atau satu kali yang dibayar oleh Pelanggan, tidak melebihi EUR 500.
5.4 LINAK tidak menolak liabiliti bagi kematian atau kecederaan sekiranya ia berlaku akibat kecuaian LINAK, kakitangan, ejen atau wakilnya yang sah.
6. Kerahsiaan
6.1 Semua maklumat, termasuk tetapi tidak terhad kepada, data, lukisan, spesifikasi, dokumen, penyenaraian perisian, objek atau kod sumber, harga, yang mungkin diterima Pelanggan berkenaan dengan perisian LINAK (selain idea dan prinsip asas perisian) adalah bersifat proprietari dan sulit. Pelanggan dengan ini bersetuju bahawa mereka akan menggunakan maklumat tersebut hanya menurut peruntukan EULA ini dan tidak boleh mendedahkan maklumat tersebut pada bila-bila masa semasa atau selepas tamat tempoh atau penamatan EULA ini, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana pihak ketiga tanpa keizinan bertulis daripada LINAK.
6.2 Perkara di atas tidak menghalang pendedahan atau penggunaan mana-mana maklumat oleh Pelanggan, yang mana atau selepasnya, tanpa kesilapan Pelanggan, menjadi pengetahuan umum atau dibenarkan oleh undang-undang.
7. Audit
7.1 LINAK mempunyai hak untuk mengaudit, dengan perbelanjaan yang ditanggung LINAK, pengaturan dan penggunaan perisian LINAK oleh Pelanggan untuk mematuhi EULA ini pada bila-bila masa yang dipersetujui bersama dalam tempoh waktu bekerja biasa Pelanggan.
7.2 Pelanggan akan melaksanakan kawalan yang munasabah untuk memastikan ia tidak melanggar hak penggunaan perisian yang diberikan dalam EULA ini.
8. Penamatan
8.1 EULA boleh ditamatkan oleh mana-mana satu pihak dengan serta-merta sekiranya mana-mana satu pihak melanggar mana-mana terma EULA ini dengan nyata (dan jika pelanggaran tersebut boleh dipulihkan) gagal memulihkan pelanggaran tersebut dalam tempoh 30 hari selepas notis pelanggaran.
8.2 Mana-mana pelanggaran Pelanggan terhadap terma EULA ini atau terma lain yang tertakluk berkenaan lesen Pelanggan untuk menggunakan perisian LINAK, dokumen dan/atau bahan latihan standard menurut Fasal 1 dan 2 di atas akan dianggap sebagai pelanggaran nyata bagi EULA ini.
8.3 Setelah EULA ditamatkan, Pelanggan mesti berhenti menggunakan mana-mana perisian LINAK. Selain itu, Pelanggan juga mesti memusnahkan atau memulangkan semua salinan perisian mengikut arahan LINAK.
9. Pertikaian
9.1 Sebarang pertikaian yang wujud daripada atau berhubung dengan EULA ini, termasuk apa-apa pertikaian berkenaan kewujudannya, kesahannya atau penamatan, akan ditentukan oleh undang-undang Denmark dan diselesaikan oleh penimbangtaraan yang diuruskan oleh The Danish Institute of Arbitration selaras dengan peraturan prosedur timbang tara yang diguna pakai oleh The Danish Institute of Arbitration dan berkuat kuasa pada masa prosiding bermula.